Jumaat, 5 September 2014

Tulis

A001


"Nun. Demi pena dan apa yang mereka tulis" (Al-Qalam:1)

Seperti Allah Ta'ala memulakan iqra' sebagai mukadimah turunnya kitab yang mulia, Dia juga meletakkan kepentingan menulis ini di awal salah satu surah didalam Al-Quran Karim.

Tulisan ini bukan untuk mentafsir ayat tersebut. Tidak. Diri ini terlalu cetek ilmu, terlalu banyak dosa untuk berbicara tentang ayat-ayat-Nya yang mulia. Bila mana diizinkan DIA untuk membelek lembaran mushaf suci, terasa besarnya kasih sayang Allah kerana masih mengizinkan diri yang hina ni untuk membaca bicara cinta daripada-Nya. 

Saya hanya ingin menulis. 
Ya hanya itu yang ingin ditulis.








Gurau je..

Seorang teman bertanya bagaimana untuk jadi baik?
Baik. Memang baik itu subjektif. pandanglah dari sudut mana kalian ingin memandang. Disini adalah pandangan saya, yang boleh diterima dan boleh ditolak.

Selepas membetulkan akidah dan tauhid, dua perkara yang saya cadangkan,

1)Siapkan diri untuk sentiasa solat awal waktu.
2) Istiqamah membaca Al-quran- mulakan sikit-sikit, tidak ramai yang mampu habiskan 1 juzu' sehari, apatah lagi untuk khatam dalam seminggu, generasi kita ini sangatlah jarang-jarang untuk ditemui (tapi kalau letak target untuk yang itu pun sangat bagus)

Saya melihatnya sebagai perkara asas untuk seorang muslim AWAM, kerana baik itu bukan bermula dengan pandangan mata manusia, untuk dilihat baik adalah pada pandangan Dia yang utama. 

Itu dulu. Buat betul-betul. insyaAllah mudah-mudahan DIA akan membuka jalan-jalan kebaikan yang lain.

p/s: Suka-suki bagi panduan kepada orang lain untuk jadi baik. Sedangkan diri sendiri pun masih tak baik-baik. AllahuAllah. Doakan saya juga, semoga berkat ada yang beramal, membuka jalan untuk saya menambah baik diri sendiri.

Note*Macam tak ada kaitan dengan tajuk dan ayat Al-quran yang diletak. Sebenarnya saya rindu untuk membaca ayat cinta dari DIA, terlintas ayat diatas, dan jadilah tulisan ini...

Hari ini hari Jumaat,
Jangan lupa banyakkan membaca Al-Quran berserta tadabbur,agar ia tertulis kemas di hati...


Tiada ulasan: