Ahad, 24 Ogos 2014

Plain

Assalamualaikum...

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah...
Hmm, rasa macam nak tulis perkataan itu sahaja.

Alhamdulillah, atas kurniaan pertama-Nya yang mengizinkan kita untuk mendiami dunia ini. Dan dengan kurniaan-Nya yang itu, membolehkan kita untuk mengecapi nikmat kurniaan-Nya yang lain.

Alhamdulillah, setelah DIA mengizinkan hamba kerdil ini untuk mendiami dunia, DIA menyiapkan segala yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan, walaupun dalam keadaan hamba ini berdosa amat.

Alhamdulillah, terkadang rasa tidak cukup dalam mengungkapkan kalimah ini. Tidak cukup, bahkan tidak pernah mampu untuk membayar kembali segala kurniaan yang telah diberikan-NYA.

Alhamdulillah, dengan mengungkapkannya sahaja sudah punya nikmat tersendiri.

Alhamdulillah sehingga membuatkan hamba ini mengerti akan maksud disebalik sabda junjungan mulia Rasulullah sallallahu'alayhiwassalam, bahawa akhir zaman kelak, zikir kepada Allah sudah cukup untuk mengenyangkan perut seorang muslim.

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah
Kerana DIA mengizinkan hamba yang hina untuk mengenal DIA yang Maha Mulia, mengizinkan untuk tunduk dan sujud kepada-NYA.

Alhamdulillah, kerana dengan kehidupan ini, DIA memberi peluang kepada hamba yang tidak punya apa-apa ini untuk berusaha berada dekat dengan-NYA di Jannah kelak.

Alhamdulillah
Dan hambamu yang penuh dosa ini memohon ampunan dari-MU atas banyaknya maksiat yang telah dilakukan dan sedikitnya syukur atas setiap kurniaan-MU
Mudah-mudahan Engkau sudi untuk menerima hamba ini bila sampai saat kembali kepada-MU

Alhamdulillah tsummaAlhamdulillah

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?" (Ar-Rahman)

Tiada ulasan: