Khamis, 28 Ogos 2014

Jangan Mati Dulu..

Tuhanku,

Andai ujian ini menjadi kaffarah bagi dosaku, menjadi penyebab terselamatnya aku dari azab neraka-Mu, maka alangkah kecilnya ujian ini dan besarnya rahmat-Mu..

Tuhanku,
Andai ujian ini untuk meninggikan darjatku, membawaku ke syurga tertinggi dan berada dekat dengan-Mu, maka alangkan kecilnya ujian ini dan besarnya nikmat-Mu...

 "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Buat yang sedang diuji,

aku ingin katakan padamu, jangan mati dulu.
Hidupkan hatimu dengan ingatan kepada Allah yang Maha Penyayang, yang tidak memberi melainkan sesuatu yang terbaik untuk hamba-Nya.

Pesanku, jangan mati dulu,
kobarkan semangatmu dengan keyakinan Allah tidak pernah meninggalkan mu sendiri.

Jangan merasa mati itu lebih baik sebelum sampai masanya, selama diizinkan hidup, hiduplah dengan memenuhi perintah dan larangan-Nya, kembali kepada-Nya, mudah-mudahan apabila sampai saat kematianmu, itu adalah yang terbaik buatmu

La Tahzan,
Kerana aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu sebagai sahabatku,
Bukankah doa dari seorang sahabat untuk sahabatnya dalam diam akan dimakbulkan DIA.

Terus bertahan, mudah-mudahan dengan ujian ini, membolehkan kita bertemu disyurga.

Tidaklah aku berpesan kerana aku lebih baik darimu,
aku juga di uji,
tidaklah dengan ujian yang lebih ringan dari ujianmu,
tidak juga yang lebih berat dari ujianmu,
yang sedang-sedang, sesuai dengan kemampuanku...

Tiada ulasan: