Ahad, 15 Jun 2014

JAUH...

Jauh
Ingin ku tinggal segala,
Kejahilan semalam,
Yang mencemari kanvas kehidupan,

Jauh
Ingin aku berlari,
Tanpa berpaling,
Melupakan segala,
Kesilapan lalu,

Jauh
Biar aku sendiri,
Dalam sunyi bertafakur,
Dosa diri pada Tuhan,

Jauh
Masa lalu yang ditinggalkan,
Sedang kepastian itu semakin mendekat,
Gusar aku sendiri,
Dengan bekal yang bakal dibawa…

Jauh…
Segalanya semakin menjauh,
Beban dosa ingin ku lepas,
Rahmat Tuhan ku tagih,
Jangan kesilapan berulang lagi,
Hanya kebaikan sehingga khatimah..

Jauh,
Dan aku biarkan ia menjauh,
Tanpa perlu khuatir sebuah rindu,
Kerana telah ku temu cinta abadi
Dalam gelap malam sunyi
Sendiri dengan DIA, Rabbi


Nota* 
Agak lama tidak mengasah akal dengan bait bicara sebegini. Semoga ada manfaat, menjadi ingatan buat diri yang sering lalai. Dan semoga kita semua tidak dijauhkan diakhirat nanti. Saya ingin tetap berjiran dengan kalian di jannah kelak. Doakan, semoga Dia sudi kepada kita. Ameen ya Rabb.

Tiada ulasan: