Rabu, 25 Jun 2014

Di Luar Kotak

Assalamualaikum...

Kakak selalu cakap saya suka tengok benda yang mengarut, lebih-lebih lagi bila part kartun. Kadangkala saya mereka hairan dengan kegilaan saya yang sanggup buka TV atau tukar channel semata-mata untuk melihat iklan (^_^) (ianya adalah sebuah kegilaan yang saya cuba kurangkan)

kalian tahu kenapa saya suka sangat tengok iklan?

ianya adalah jalan singkat untuk kita mengenali masyarakat dalam komuniti tersebut..Dan saya paling suka dengan iklan yang ditayangkan di saluran dari negara Thailand (rumah saya sudah sangat dekat dengan sempadan dari negara seberang sungai itu), walaupun ada part yang kena tutup mata, tapi banyak perkara positif yang boleh diambil. Mungkin mereka lebih jujur dalam mengekspresikan sesuatu.

tak percaya?

Lain kali, bila berpeluang untuk menonton TV, cuba fokus pada setiap iklan yang ditayangkan. Cuba hadam mesej yang cuba disampaikan dan perhatikan tingkahlaku yang dipaparkan dalam setiap iklan tersebut.

Ok..mungkin ada yang menganggap ini mengarut. Takkan dengan iklan TV pun kena fikir sampai berkerut dahi.

Eheh, kita hanya akan dapat belajar bila kita mula berfikir sahaja:-)

Untuk kartun pula.

saya paling suka tengok yang ini,



mereka sangat comel bukan?

sampai disini dulu.

p/s: saya terperasan yang post-post sebelum ini agak melankolik, maafkan saya.

Tiada ulasan: