Ahad, 27 Julai 2014

Yang bakal berlalu pergi...

Ramadhan 1435H akan berlalu pergi. Terasa sayu, sedih. Ikutkan nafsu, pasti laju sahaja menjawab,”tahun depan boleh bertemu lagi”. Tetapi, hati kecil seringkali berbisik mengingatkan bahawa ini mungkin Ramadhan yang terakhir.

Mudah-mudahan Allah Ta’ala melihat Ramadhan ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Mudah-mudahan segala amal kebajikan diterima oleh DIA. Mudah-mudahan, DIA sudi untuk memberi kekuatan kepada hamba-NYA untuk terus berjuang dalam meninggikan kalimah Islam selama hayat dikandung badan. Mudah-mudahan, diri disambut dengan senyum dari Kekasih pada saat pertemuan agung nanti. Mudah-mudahan, kita semua dipertemukan kembali di jannah.

Ingatan buat diri dan teman, malam al-Qadar mungkin sudah berlalu, tahniah bagi yang diizinkan bertemu dengannya, dan bagi yang belum diizinkan untuk dikurniakan malam yang mulia itu, ayuh sama-sama kita berazam untuk mempersiapkan diri seawal satu Syawal ini bagi menjemput malam Al-Qadar bagi Ramadhan 1436 H nanti. InsyaAllah.

Akhir kata, semoga kita semua dipermudahkan dan dikurniakan kebaikan dalam setiap urusan di akhirat dan dunia. Taqabbalallahuminnawaminkum. Kullu'amwaantumbikhayr.   

Ya Allah,
Rezekikan kami untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. InsyaAllah.

Salam Eid-Fitr
Al-Faqir IlaLLah

Kak Su ^_^

Tiada ulasan: