Selasa, 5 Ogos 2014

Hidup

Kadangkala,
ianya bukan sekadar tentang apa  tujuan kita hidup,
tetapi bagaimana kita melalui hidup...

soalan pertama, dengan akses kepada maklumat tanpa batas, ramai yang mampu memberikan jawapan tanpa ragu,
soalan kedua, tidak kira setinggi mana ilmu yang dicapai, tetapi sekiranya diri tidak mampu menyelami hati sendiri, kita akan terperangkap dalam pekat zulmat sebuah cerita tentang kezaliman diri terhadap diri sendiri.

yang mengingatkan kepada saya sebuah ungkapan
"tiada jalan yang haram untuk mendapatkan yang halal"

itu adalah cerminan bagi setiap gerak langkah kita.

Dipenghujung jalan hanya ada dua tempat tinggal yang disediakan, perkampungan yang didalamnya ada jurang yang dalam dipenuhi api yang gelap pekat, atau perkampungan yang didalamnya terdapat taman-taman yang mengalir dibawahnya sungai-sungai.

Jangan jauh dari Al-Quran dan Sunnah dalam mencari jawapan bagi persoalan kedua, kerana sesungguhnya berapa ramai yang menemukan jawapan pada soalan yang pertama, tetapi menempah tempat untuk hidup di perkampungan yang selamanya hanya ada azab.

Semoga dikurniakan taufik 'inayah-NYA dalam kembara bagi memenuhi tuntutan urusan kehidupan. Allahumusta'an

Salam rindu,
Dari teman yang semakin mendekati tarikh kematian...

Tiada ulasan: